Woby Bridal merupakan butik pengantin yang dimiliki oleh Woby Resources (002793586-M). Butik pengantin ini beroperasi di Kajang dan menyediakan perkhidmatan perkahwinan terutamanya sewaan serta custom made baju sanding, baju nikah dan baju tunang untuk kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. Selain itu butik pengantin ini juga menyediakan pakej perkahwinan termasuk dekorasi pelamin dan andaman.
Cerita disebalik nama…
Nama WOBY menggabungkan nama panggilan pengasas Woby Bridal. Wan, (W) dengan huruf pertama dan Oby (Oby) dari nama panggilan di dalam keluarga dan rakan-rakan. Logo Woby Bridal tidak berubah sejak dari awal penubuhan dan kekal sebagai simbol perniagaan Woby Bridal yang konsisten.